Perkhemahan Perdana 2011



Perkhemahan perdana peringkat sekolah SMK Taman Seri Rampai telah dijalankan pada 17 dan 18 jun 2011 bertempat di padang sekolah. Seramai 105 orang murid telah menyertai perkhemahan ini. Pada pukul 3.30 petang, pendaftaran telah dijalankan di kantin sekolah.





Selepas pendaftaran para pelajar diberi taklimat oleh komander, En Harith. Kemudian, semua peserta perlu bersiap untuk solat asar secara berjemaah dan mendirikan khemah. Pada pukul 5 petang, kesemua 8 kumpulan perlu memasak untuk makan malam. Aktiviti ini memerlukan kerjasama antara pasukan. Keadaan berasap-asap, ce,cemas menyalakan api dapat dilihat di tapak ini.





Pada waktu malam, diadakan ceramah motivasi dan semangat kepimpinan oleh Pn.Jumiah. Ceramah motivasi ini sangat menarik dan memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar. Pada pukul 12.30 malam, semua kumpulan perlu berkumpul dan bersiap sedia untuk aktiviti night walk. Semua pelajar ditutup mata dan diminta untuk menjelajahi perjalanan berhalangan. Pelajar dilatih untuk berani dan merasakan betapa susahnya menjadi orang buta. Aktiviti ini juga membina kepercayaan antara ahli-ahli kumpulan.
Keesokan harinya, para pelajar perlu bersiap untuk memasak sarapan pagi. Selepas itu para pelajar dikehendaki naik ke bilik seminar untuk mendengar taklimat dari pegawai Jabatan Pertahanan Awam. Taklimat ini sangat berguna untuk kita ketika berada di dalam keadaan kecemasan. Selepas itu, semua peserta perlu mengemaskan kawasan tapak khemah dan tapak memasak. Majlis Penyampaian sijil dan hadiah telah dijalankan membawa penutup untuk perkhemahan kali ini. Pada pukul 2 petang , pelajar dibenarkan pulang.


aktiviti night walk

kena simbah air..



Pelajar dilatih untuk berani dan merasakan betapa susahnya menjadi orang buta.Keesokkan harinya, para pelajar perlu bersiap untuk memasak sarapan pagi. Selepas itu para pelajar dikehendaki naik ke bilik seminar untuk mendengar taklimat dari pegawai Jabatan Pertahanan Awam. Taklimat ini sangat berguna untuk kita ketika berada di dalam keadaan kecemasan.Penyampaian sijil dan hadiah telah dijalankan selepas taklimat. Pada pukul 2 petang pelajar dibenarkan pulang.





mendengar taklimat


penyampaian hadiah
















No comments:

Post a Comment