Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012


(29 Oktober 2012). Pada hari ini, warga SMK TSR telah menjalankan satu majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum sebagai menghargai usaha pelajar dalam menceburi bidang kokurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Bin. Ab Rahman, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat FELCRA Bhd. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar iaitu tarian, nasyid, nyanyian solo dan gamelan.