Program Orientasi Tingkatan 4 dan Tingkatan 1

(2 Januari 2013) Program Orientasi Tingkatan 4 dianjurkan oleh Unit kaunselling. Taklimat tentang pemilihan subjek teras dan elektif telah diberikan untuk persediaan SPM. Selepas itu, satu ujian pemahaman telah diberi kepada pelajar yang ingin memilih M/Pel MPED.













Pada pukul 11 pagi, Program Orientasi Tingkatan 1 diadakan dengan Taklimat Kokurikulum, Disiplin sekolah dan Kurikulum.











Persekolahan Baru 2013

(2 Januari 2013) Pagi ini semua warga sekolah telah hadir untuk persekolahan baru 2013. Perhimpunan pagi diadakan di tapak perhimpunan. Pengetua telah memberi taklimat dan amanat kepada warga kita. Semua Penyelaras Tingkatan telah membuat pendaftaran pelajar baru di kantin.













HARI PENGUMUMAN KEPUTUSAN PMR 2012 19 DEC

Sekolah kami telah melonjakkan prestasi. Seramai 13 orang pelajar telah mendapat Straight As. Tahniah










Majlis Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum 2012


(29 Oktober 2012). Pada hari ini, warga SMK TSR telah menjalankan satu majlis anugerah kecemerlangan kokurikulum sebagai menghargai usaha pelajar dalam menceburi bidang kokurikulum. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Mohamad Bin. Ab Rahman, Pengurus Kanan Komunikasi Korporat FELCRA Bhd. Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan daripada pelajar iaitu tarian, nasyid, nyanyian solo dan gamelan.