Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2011

(21 MAC 2012) Pagi ini, pihak sekolah menganjurkan Majlis Penyampaian Keputusan SPM 2011. Pada keselurhannya, pencapaian sekolah telah meningkat. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah berjaya.

Pengetua menyampaikan sijil kepada Chow Yoke Peng (8A 1B)
Pelajar-pelajar terbaik SPM 2011
Pelajar berkumpur di dewan sekolah


Majlis Penyerahan Keputusan PMR 2011

Pada 23 november 2011 keputusan PMR telah dikeluarkan dan terdapat ramai pelajar dari sekolah kami telah berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang. Purata gred pada tahun ini semakin meningkat. Oleh kerana itu , sekolah kami telah dilabelkan sebagai sekolah yang cemerlang di Wilayah.





















TAHNIAH !! kepada semua pelajar PMR kerana telah mengharumkan nama sekolah dengan keputusan yang cemerlang. Diharap kejayaan dapat berterusan mengharumkan nama sekolah.







Pendaftaran Ko-Kurikulum (6/1/2012)

Pendaftaran Kelab Komputer










Murid-murid semua berkumpul di kantin.


Cikgu-cikgu turut bersama mendengar ucapan.





HARI ORIENTASI TINGKATAN 1

(30 DISEMBER 2011) Sekolah telah mengadakan Hari Orientasi Tingkatan 1 sesi 2012. Awal pagi, pelajar alam baru sekolah menengah telah daftar bersama ibu bapa di sekolah. Majlis rasmi dijalankan di Dewan Gemilang SMKTSR. YDP PIBG dan Pengetua, En Amran Hj Abdul Hamid telah memberi ucapan. Majlis diteruskan dengan taklimat kurikulum, HEM dan Kokurikulum. Selepas itu, Guru Tingkatn menguruskan kelas. Kedai koperasi dan Bilik SPBT sibuk dengan urusan kelengkapan persekolahan dan buku teks.
Ucapan Pengetua

Barisan Pentadbir dan guru

Urusan kelas

Berkumpul di dewan

Pendaftaran

SELAMAT KEMBALI KE SMKTSR






(4 Januari 2012) Persekolahan baru tahun 2012 bermula pada hari ini. Sekolah kita telah mengadakan perhimpunan rasmi pagi ini. Semua kelas menjalani pengurusan dan P&P dengan lancarnya.

PEMBAYARAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN RM100 UTK TKT 2 - TKT 5 TAHUN 2012

(14 NOVEMBER) Pihak sekolah telah mendapat arahan daripada KPM untuk memberi Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 untuk pelajar Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5 tahun 2012.
Diminta pelajar Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 tahun 2011 hadir ke pejabat sekolah bersama ibu bapa/ penjaga untuk menerima wang bantuan tersebut. Sila bawa Kad Pengenalan masing-masing. Masa adalah dari 11.00 pagi hingga 3.00 petang.

Jadualnya seperti berikut:
Tingkatan 1 dan 3: Selasa (15 November 2011)
Tingkatan 2 dan 3: Rabu (16 November 2011)
Tingkatan 4: Khamis (17 November 2011)