Majlis Perpisahan Puan Pengetua, Pn Zakiah Abg Bawi

28 Oktober 2009- Hari ini merupakan hari terakhir tempoh perkhidmatan Pengetua kita, Puan Zakiah Bt Abg Bawi. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini mulai 16 Oktober 2007. Satu Majlis Perpisahan telah dianjurkan untuk memberi penghargaan tertinggi kepada Puan Pengetua.




SELAMAT MAJU JAYA, PUAN ZAKIAH.











SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI






17 SEPTEMBER 2009
Pagi ini, sekolah telah menganjurkan Majlis Penutupan Bulan Patriotik 2009. Tetamu Kehormat yang diundang ialah Pegawai Waran 2 (B) Mohd Azni b. Abdul Razak.

Untuk makluman, semua pelajar akan menikmati cuti raya dari 18 September hingga 27 September 2009.

Kepada semua warga SMKTSR:

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI"

Majlis Perasmian Bulan Patriotik 2009

17 Ogos 2009-- Pagi ini, Panitia Sejarah telah menganjurkan Majlis Perasmian Bulan Patriotik 2009. Tema tahun ini adalah: "1 MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN".















Aktiviti Pendidikan Moral











Pada bulan Julai yang lepas pelajar tingkatan 4 telah menjalani kerja amal untuk membersihkan bilik moral sebagai kerja kursus pendidikan moral.

Kursus ketua patrol pengakap
















Pada 29 Mei 2009 yang lalu, seramai 13 orang pengakap telah menyertai Kursus Ketua Patrol di Gunung Nuang selama 3 hari. Antara aktiviti ialah night walk, malam pengakap, kawat tongkat dan lain-lain lagi.










HARI BICARA AKADEMIK




Pada 27 Jun 2009 yang lalu, sekolah telah menganjurkan satu sesi perjumpaan bersama ibu bapa yang bertajuk “Hari Bicara Akademik”. Tujuan utama adalah untuk memberi ruang kepada ibu bapa untuk membicarakan keputusan Pertengahan Tahun serta kelakuan anak-anak mereka di sekolah bersama guru-guru SMKTSR. Ibu Bapa berjumpa dengan Guru Tingkatan di bilik darjah masing-masing mulai pukul 8 pagi.

Berikut adalah analisa kehadiran ibu bapa ikut tingkatan:
Tingkatan Satu: 119/177=67%
Tingkatan Dua: 90/173= 52%
Tingkatan Tiga: 89/186= 48%
Tingkatan Empat: 65/125= 50%
Tingkatan Lima: 50/135= 37%

Keseluruhan: 413/800= 52%




WELCOME BACK
SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH
Sesi persekolahan Semester II dimulakan pada 15 Jun 2009. Semua warga SMKTSR disambut dengan suara: 'SALAM SEJAHTERA & TERUS BERJUANG'. Foto diambil pada Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Zon Keramat, KL