PROGRAM RAKAN MUDA KECERGASAN

24OKTOBER 2009- Sekolah kita telah menganjurkan Klinik Sepak Takraw dan klinik Bola Jaring untuk pelajar bawah 15 tahun sempena Program Rakan Muda Kecergasan.
Jurulatih sepak takraw adalah En Wosri b Abdullah; manakala jurulatih untuk pasukan bola jaring adalah Pn Siti Zaharah bt Suin.






















SELAMAT DATANG TUAN PENGETUA

29 OKTOBER 2009- Pengetua kita, En Amran Bin Abdul Hamid, bertugas di sekolah ini mulai hari ini. Tuan Pengetua menegaskan bahawa, beliau amat mementingkan perkembangan akademik dan sahsiah para pelajar. Beliau berharap para pelajar warga SMKTSR akan cemerlang dalam pencapaian akademik dan akhlak mulia.









Majlis Perpisahan Puan Pengetua, Pn Zakiah Abg Bawi

28 Oktober 2009- Hari ini merupakan hari terakhir tempoh perkhidmatan Pengetua kita, Puan Zakiah Bt Abg Bawi. Beliau telah berkhidmat di sekolah ini mulai 16 Oktober 2007. Satu Majlis Perpisahan telah dianjurkan untuk memberi penghargaan tertinggi kepada Puan Pengetua.




SELAMAT MAJU JAYA, PUAN ZAKIAH.